|
||||||||||
Pn. Lee Siew Chin Guru Besar SJK (C) Notre Dame Terlebih dahaulu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web kereana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata di laman web ini. Pengetahuan komputer adalah amat penting dalam dunia teknologi maklumat. Lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar yang bakal memimpin negara pada masa akan datang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan komputer yang secukupnya. Sejurus itu, pada permulaan tahun 1999, atas usaha bersama PIBG sekolah, sebuah makmal komputer telah berjaya didirikan dan Kelas Komputer pula telah dimasukkan ke dalam jadual pengajaran harian bagi memastikan setiap pelajar SJK (C) Notre Dame, berpeluang belajar dan menguasai kemahiran teknologi maklumat terkini. Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan sektor sama ada milik kerajaan mahupun swasta telah menyelaraskan penggunaan komputer dalam kerja-kerja penghasilan, pengurusan dan pentadbiran. Kami beharap penyelarasan penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dipertingkatkan lagi. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pula dapat diperluaskan lagi demi masa depan pelajar disamping mengurangkan beban kerja guru. Akhir kata, Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad dan turut diiktirafkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada wawasan tersebut boleh dicapai, ia terpulang kepada usaha kita semua. “ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” bersama-samalah kita berusaha menjayakan wawasan tersebut. Terima kasih.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |