sjknd.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sjknd@zoom-a.com
| Laman Utama | Kata Aluan | Sejarah | Visi | Misi | Matlamat | Piagam Sekolah | Staff | PIBG | Lembaga Pengurus Sekolah | Jawatankuasa Kurikulum | Galeri | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | BUKU PELAWAT | KATA ALU-ALUAN | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | MARQUEE | PANORAMA | PAUTAN | PIBG | SEJARAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI |

Tahun 1949

Rev.Mother – Martha membeli sepintu kedai di jalan Tengkera, Melaka, untuk menubuhkan sekolah, ramai muridnya 23 orang. 1952 Sekolah itu ditamatkan kerana masalah iktisas dan hal-hal lain 1957 Dengan Bantuan (Ahli Majlis Perbandaran Kawasan Bandar Hilir), Encik D’Cruz, Rev.Mother Pius membeli sebidang tanah daripada kerajaan, luasnya 5 ekar, di Jalan Gajah Berang, Melaka, untuk membina sekolah(iaitu alamat sekolah sekarang). Sekolah itu mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah kantin dan tandas.

Tahun 1958

Jumlah murid 148 orang iaitu dari darjah satu hingga darjah lima. Guru Besar ialah Sister Mary Magdelena. Diadakan pembukaan rasmi bangunan sekolah pada 4hb Disember 1958.

Tahun 1959

Ditambahkan lagi hingga darjah 6, jumlah murid 148 orang. Tahun 1960 Sekolah Menengah mula didirikan.

Tahun 1961

Sekolah Menengah siap dibangunkan. Pentadbiran institusi pun dibahagikan kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. 1hb Feburuari 1961, Guru Besar Sister Mary Magdelene bertukar ke Singapura. Sister Mathew Woo Yang berasal dari Ipoh menggantikan tempat kekosongannya.

Tahun 1963

Rev.Mother Pius yang memulakan Sekolah Rendah lagi pada 1957, mendirikan Sekolah Menengah serta membina dewan sekolah itu bertukar ke Bukit Mertajam pada 26hb Disember 1963.

Tahun 1964

Murid-murid seramai 239 orang.

Tahun 1965

Membina lagi 2 buah bilik darjah baru. Bulan Ogos, kantin sekolah diperbesarkan.

Tahun 1967

Membina pejabat guru besar dan pejabat guru.

Tahun 1969

Sekolah mengandungi 12 buah kelas.

Tahun 1974

Bertambah 19 buah kelas, jumlah murid 847 orang. Pengurusi PIBG ialah Encik Tan Kee Gak

Tahun 1976

Murid telah meningkat lebih daripada 1000 orang dan guru berjumlah 32 orang. Julai 1976, sebuah bangunan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan pun siap bina.

Tahun 1978

Sesi pagi 16 buah kelas, sesi petang 8 buah kelas, jumlahnya murid 1135 orang. Mei 1978, gelanggang bola keranjang telah dibina dengan bantuan PIBG. Sebuah klinik pergigian ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tahun 1979

Guru Besar, Sister Mathew Woo bersara.

Tahun 1980

Sister Peter Tan yang datang dari Kuala Lumpur menggantikan kekosongannya. Paun Tan Kin Lip dilantik menjadi Guru Penolong Kanan kerana Cik Leong Pui Mui telah bertukar ke SJK (C) Yok Bin. Pihak sekolah membuat bumbung pada gelanggang bola keranjang yang membelanjakan 40 ribu ringgit. Pengerusi PIBG, Encik Soon Kim Hock serta AJK melancarkan tabung membina bumbung.

Tahun 1986

Kantin lama telah dirobohkan lalu membina bangunan dua tingkat. Tingkat bawah dijadikan kantin sekolah dan pejabat guru. Tingkat atas dijadikan pusat sumber. PIBG menjual tiket jamuan makan malam raksasa untuk memungut derma bagi tabung pembinaan tersubut.

Tahun 1989

Pada 31hb Mei,1989 , Guru Besar Sister Peter Tan bersara, maka Pn. Tan Kin Lip memangku jawatan kekosongannya.

Tahun 1995

Pada penjujungan tahun 1995, sebuah bangunan sekolah 7 bilik darjah dimusnahkan oleh anai-anai dan diiytiharkan sebagai sebuah bangunan merbahaya. Justera itu, sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Kelas berapung diadakan.

Tahun 1996

Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah ini mengambil inisiatif mengerakan Kempen Derma Bangunan Baru pada awal tahun 1996. Ia diketuai Pengurus PIBG, iaitu Encik Puan Chen Keck. Banyak aktiviti diaturkan, syarikat Tiger Bir menganjurkan konsert nyanyian, 3 Lembaga Sekolah menjual kuih-kuih Tahun Baru Cina, Penduduk Kampung Salak South Kuala Lumpur turut membantu mencari derma, segala sumbangan untuk merayakan hari jadi ke-80 Pengerusi Lembaga Sekolah Dato Goh Tiong Sin juga sialurkan kepada tabung pembinaan bangunan baru sekolah dan murid tua Ng Kui Hua dianjurkan menyanyi. Sokongan kuat daripada semua lapisan masyarakat yang mencintai Bahasa Cina dan sekolah Cina telah berjaya mendapatkan jumlah RM satu juta. Kementerian Pendidikan Malaysia juaga memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk bangunan baru ini. Guru Besar Tan Kin Lip bersara pada akhir tahun 1996.

Tahun 1997

Guru Besar Lim Siew Guat mula betugas pada 1-1-1997. Tender bagi project pembinaan bangunan baru pun diadakan. Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baru oleh YB Timbalan Pendidikan Malaysia Dr. Fong Chen Onn diadakan pada 31-2-1997. Bangunan Baru Sekolah Baru 4 Tingkat mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. Bangunan baru ini mempunyai 16 buah bilik darjah, sebuah bilik komputer berhawa dingin, sebuah bilik pergigian moden dan lengkap, sebuah bilik penjual buku, sebuah bilik guru Penolong Kanan serta pusat aktiviti yang luas di bawah tingkat bangunan itu.

Tahun 1998

Pada 1-4-1998, Sekolah bermula satu sesi persekolahan. Semua 25 kelas diadakan pada waktu pagi. Perasmian pembukaan bangunan baru oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Dr.Fong Chen Onn dan Pengerusi Lembaga  Pengurus Sekolah, Dato Goh Tiong Sin diadakan pada 15-10-1998. Maka SJK (C) Notre Dame Melaka memajukan setapak lagi ke abad 21.

Tahun 1999

Guru Besar, Puan Lim Siew Guat bersara. Guru Besar baru Puan Lim Ting Theng mula bertugas pada 21 Julai 1999. Kemudahan dan kelengkapan sekolah semakin bertambah baik dekad kebelakangan ini. Bilangan murid bertambah dari beberapa puluh pada awalnya kepada hamper seribu sejak permulaan sekolah ini. Hasil kejayaan ini adalah usaha daripada semua pihak. Perkembangan Pendidikan Bahasa Cina kelak bergantung kepada guru.

Tahun 2002

Wang sebanyak RM30,000.00 dari Badan Kebajikan Murid-murid telah dikeluarkan untuk membina pagar konkrit di sebelah belakang sekolah. Semua kelas tahun 6 telah dilengkapi dengan penhawa dingin.

Tahun 2003

Suatu jualan amal telah dijalankan untuk mengutip wang bagi pengubahsuaian bolik guru dan pejabat. Hasil daripada jualan amal tersebut, satu bilik guru, bilik guru besar dan pejabat yang berhawa dingin siap untuk digunakan.

Tahun 2004

Pelengkapan kemudahan gelanggang bola keranjang dengan kipas-kipas besar. Satu kutipan derma untuk murid 4B Yeo Yi Lin telah diadakan dan mendapat sumbangan yang sangat baik daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat. Sejumlah RM140,000.00 telah didermakan kepada murid Yeo Yi Lin sebagai perbelanjaan perubatannya. Bakinya RM19,000.00 telah dimasukkan ke dalam akaun Badan Kebajian Murid-murid. Kementerian Pendidikan telah memperuntukan sejumlah RM 20,000.00 kepada sekolah. Peruntukan tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Hon Choon Kim pada 17-12-2004

Tahun 2005

Guru Besar Puan Lim Ting Theng telah ditukar ke SJK (C) Yok Bin pada 16-4-2005. Puan Lee Siew Chin telah mula berkhidmat di sekolah ini pada 18-4-2005. Penambahan tempat letak kereta berbumbung telah dilaksanakan oleh bantuan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah. Tujuh buah bilik darjah yang terletak di blok hadapan juga telah dilangkapi dengan penghawa dingin. Ini bermakna 50% bilik darjah sekolah telah berhawa dingin. Lantai perpustakaan telah menukar dengan tiles. Pada 16-8-2005 GPK1 Pn.Koh Chong Lek telah bertukar ke SJK (C) Pay Chuin sebagai Guru Besar, GPK HEM Pn.Ng Kim Wah telah bersara pada 1-6-2005. Kekosongan GPK1 digantikan oleh Pn.Lee Lay Lay, GPK HEM diganti oleh Pn.Teh Sock Moi.

Tahun 2006

Kemudahan dan kelengkapan sekolah semakin bertambah baik dekad kebelakangan ini. Bilangan murid bertambah sehingga 748 orang pada tahun 2006. Hasil kejayaan ini adalah usaha daripada semua pihak. Kelulusan keseluruhan UPSR telah mencapai 82.7%. Pasukan olahraga sekolah telah berturut-turut merebut kejohanan MSSM Negeri Melaka pada tahun 2005 & 2006

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: